Darah haiwan bukan manusia Darah

Dalam serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai hemolimfa) tidak terbabit dalam pengedaran oksigen. (Bukaan dikenali sebagai trakhea membenarkan oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan.

Dalam haiwan lain, fungsi utama darah ialah mengangkut oksigen dari paru-paru atau insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan invertebrata kecil, oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut oksigen. Hemoglobin merupakan protein pernafasan paling berkesan secara semulajadi. Hemokyanin (biru) mengandungi tembaga dan digunakan dalam haiwan krustakean. "Sea squirt", antara haiwan laut, menggunakan vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau kuning bata "oren") untuk pewarna pernafasaan.

Dalam invertebrata, protein pembawa oksigen terlarut bebas dalam darah; dalam vertebrata protein pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat kepekatan darah.

Darah sebagai makanan

Ada budaya yang masak dan makan darah haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di England dan Sweden. Yahudi dilarang campur keju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati (lihat: kosher). Islam haramkan makan darah.